Dulu sy pernah belajar bermacam ilmu termasuk ilmu sebegini malah sy pernah belajar ilmu sihir dari seseorg… Tp alhamdulillah.. Allah s.w.t bagi sy kesedaran dan sy tinggal kan nya.. Ada seseorg bertanya kepada sy kenapa tinggal kan nya sedang kan semua nya mengguna kan ayat² Al quran dan tiada unsur syirik.. Semua nya izin Allah s.w.t…
Ya betul.. Semua nya guna ayat quran dan ilmu Allah s.w.t sangat luas..
Kenapa sy tinggal kan nya? Beberapa soalan yg bermain d fikiran sy yg sy tanya pada diri sy dan sy sentiasa berdoa agar Allah s.w.t tunjuk kan sy jln yg benar dan setiap solat sy berdoa jika apa yg sy belajar Allah s.w.t tdk redha maka sy mohon Allah s.w.t halangi sy dan persulit kan sy untuk belajar.. Dan permudah kan sy untuk mencari ilmu yg Allah s.w.t redhai. Alhamdulillah.. Allah s.w.t makbul kan doa sy dan sy nampak satu persatu Allah s.w.t tunjuk kan…
Soalan yg selalu bermain d fikiran sy ialah..
1) betul ke ilmu ni? Jika betul kenapa nabi s.a.w dan para sahabat tidak mengajari nya? Dan jika salah kenapa tidak ada pun nabi s.a.w memberitahu bahawa ia adalah salah? Jika ia adalah ilmu yg salah kenapa tiada dalil dr nabi s.a.w atau al quran melarang nya? Dan jika ia ilmu yg betul kenapa tiada dalil dr al quran atau hadis yg membenar kan nya? Soalan itu sentiasa bermain d fikiran sy.. Ia membuat sy merasa ragu.. Dan hingga lh sy jumpa satu hadis dari nabi s.a.w menyuruh meninggal kan yg meragu kan.
عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الحَسَنِ بنِ عَلِيّ بنِ أبِي طالبٍ سِبْطِ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتَ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم : (دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يُرِيْبُكَ) رواه التِّرمِذيُّ والنسائِي وقال التِّرمِذيُّ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح
Dari Abu Muhammad Hasan bin Ali radhiyallahu anhuma, cucu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan buah hati beliau, beliau mengatakan, Saya menghapal (nasihat) dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Tinggalkan sesuatu yang meragukan dan pindahlah ke sesuatu yang tidak meragukan. (HR. An-Nasai dan at-Turmudzi; at-Turmudzi mengatakan, Hasan shahih.)
Tp timbul lagi persoalan dalam diri sy.. Jika betul ilmu tu salah ada ke hadis mengata kan nya salah? Tentu tidak ada.. Tp ada ke hadis mengata kan ia boleh/betul? Dh tentu tidak ada.. Bermakna ia berada di tengah2(samar²/syubhat) antara betul(halal) dan x betul(haram).. Sehingga lh sy jumpa ada hadis nabi s.a.w menyuruh meninggal kan sesuatu yg kita tidak tahu sama ada ia betul(halal) atau salah(haram).
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat (yang masih samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)
Satu persatu soalan sy terjawab.. Malah apa yg sy belajar tu tidak di ajar oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat nya.. Malah 4 mazhab pun tidak mengajar kan nya.. Dan saya juga menemui hadis rasulullah s.a.w mengata kan siapa yg mengamal kan amalan yg tidak dia ajar kan maka amalan itu tertolak.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
☝”Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)
💦 Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
🍁”Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)
..walaupun sy dh jumpa jawapan² dari persoalan sy.. Tp sy sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t jika setiap apa yg sy buat dan pelajari itu Allah s.w.t tidak redha maka sy mohon Allah s.w.t persulit kan dan halangi saya untuk sy pelajari nya.. Tp jika setiap apa yg sy nk pelajari itu ada keredhaan Allah s.w.t kat situ sy mohon Allah s.w.t permudah kan untuk sy pelajari nya.. Pengalaman sy.. Bnyk petunjuk yg Allah s.w.t bagi sy.. Salah satu nya..
Sy pernah belajar sesuatu ilmu pukul jarak jauh dan pengijazahan ilmu nya memerlukan bayaran@hujrah sebanyak rm350..
Sy ingat lagi masa tu sy nk ijazah dh buat temu janji dgn guru sy nk d ijazah kan sy dh ada duit untuk bayaran nya.. Tp last minit petang tu ada halangan family coll kata ada masalah hingga memerlu kan duit.. Dan sy terpaksa batal kan untuk ijazah tu.. Tp masa tu sy x nampak lagi itu adalah doa sy yg Allah s.w.t makbul kan.. Kali kedua sy pun sama bila sy nk ijazah kan sy dh bagi tahu sahabat sy yg sy nk ijazah kan amalan tu.. Tp apa yg berlaku juga sama.. Last minit keadaan memaksa sy untuk memerlu kan duit dan sy batal kan kali kedua… Di situ sy dh mula berfikir. Adakah Allah s.w.t menghalangi sy kerana tidak meredhai apa yg sy buat? Tp sy sentiasa berdoa jika betul itu halangan dr Allah s.w.t kerana tidak meredhai nya.. Sy mohon Allah s.w.t buka pintu ilmu/jalan yg Allah s.w.t redhai.. Hingga satu hari.. Ada kursus ruqyah dari ustaz eri selama 2 hari dgn bayaran 150 klu x silap.. Masa tu sy x merancang pun tp alhamdulillah ada rezeki sy untuk join.. Dan paling saya nampak masa join kursus rawatan islam di muar dan di majidee masa tu sy betul² kering x de duit.. Alhamdulillah last minit sy dapat rezeki dan sy dapat join kursus tu.. D situ sy mula sedar.. Allah s.w.t permudah kan sy mengikuti kursus ruqyah tp Allah s.w.t sulit kan sy untuk bayaran ilmu yg sy ragu.. Masyaa Allah.. Itu lh kebesaran Allah s.w.t melalui doa yg sentiasa kita minta..
Dulu pernah juga sy d tegur bahawa lebih baik mengikuti apa yg rasulullah s.a.w ajar kan dan tinggal kan apa yg rasulullah s.a.w tidak Ajar kan.. Biasa lh masa tu sy sombong x mahu terima dgn alasan ilmu Allah s.w.t luas dan semua atas izin Allah s.w.t…
Sabda Nabi SAW “Tidak akan masuk syurga orang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan. Seorang lelaki bertanya, “Sesungguhnya lelaki menyukai baju dan alas kaki yang di buat dari kulit yang bagus apakah ini termasuk kesombongan?” Beliau menjawab: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”.(HR. Muslim: 131).
Sekarang baru sy faham.. Ilmu Allah s.w.t mmg sangat luas tp tipu daya syaitan juga sangat luas untuk menyesat kan kita dgn menampak kan kebenaran dlm kesesatan.. Begitu
Juga izin Allah s.w.t. Semua yg berlaku atas izin Allah s.w.t.. Sihir juga berlaku atas izin Allah s.w.t tp adakah Allah s.w.t redha dgn sihir walau pun Allah s.w.t izin kan nya?
Allah s.w.t bagi tahu kita dlm al quran surah Al-zukhruf ayat 36-37
36. Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
37. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Allah kata kat situ.. Syaitan² menghalangi kita dari jalan yg benar hingga kita merasa diri kita adalah org yg bemar dan mendapat petunjuk dan hidayah Allah..
Sangat mudah mencari izin Allah s.w.t tp tidak mudah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Nk cari redha Allah maka ikutilah apa yg rasulullah s.a.w ajar kan dan tinggal kan apa yg rasulullah s.a.w tidak ajar kan.
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Alhamdulillah.. Kerana mencari redha Allah s.w.t sy tinggal kan nya..
“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.” (HR. Ahmad 5: 363)
Surah AnNisaa’. Ayat 059.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
kata-kata Imam Syafie ini:
“Jika kamu lihat seorang lelaki berjalan atas air atau terbang di udara, maka jangan terpedaya dengan kelebihan itu sehinggalah kamu menilai dirinya mengikut neraca al-Quran dan Sunah (Tafsir Ibn Kathir).
#HAFIZSUIB
#NURFURQANSYIFAMALAYSIA
#NURFURQANSYIFAJOHOR
#RAWATANISLAM
#TENAGADALAM